Friday 9 December 2011

Adi Putra - Si Genius Matematik

Saya mulakan pengisian blog ini dengan kisah genius matematik Made in Malaysia. Adi Putra bin Abd. Ghani dilahirkan di Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan pada 27 Januari 1999 dan sekarang merupakan salah seorang kanak-kanak prodigi di Malaysia. Beliau mahir dalam bidang matematik terutamanya algebra, trigonometri serta darab antara 5 hingga 6 digit. Di sini saya sertakan rakaman video beliau dari youtube dalam rancangan AC Sempoi :-


Akulah Adi Putra
Melayu tidak pernah lupa
duduk tahun satu rasanya tersiksa
tiada siapa peduli
tetapi aku bisa bedakan
ilmu Allah bagi dan ilmu diajar guru bermula dengan
‘A’, ‘B’, C ,’one’, ‘two’, ‘three’, ‘alif’, ‘ba’, ‘ta’
di mana trillion di manakah billion,
di mana tafsir Al Quran
di mana doa2 para nabi para wali
untuk apa aku disini
aku berfikir rasional aku berfikir international
pandai aku bijak aku comel aku hanya untuk ditonton diuji dan dipuji
aku malu alangkah ruginya mereka
untuk apa semua ini
di mana mata hati mereka
pujian biar bertempat
marah bila bersopan
kurang ajar biarlah berbudi bahasa
tersirat mereka tak nampak
tersurat sahaja mereka lihat
di mana silapnya
Rasulullah memimpin ummah
hebatnya baginda
pimpinlah aku
doakanlah aku
aku punya cita-cita
aku punya idola
barangkali aku kecil mereka
hanya ketawa
Allah maha perkasa
tahfiz Al Quran itu hebat
Hafaz Yaasin itu penerang hati
matematik itu tunjang ilmu
ayuh bangsaku bangunlah
kita bertemankan islam
kita penuhkan ilmu didada
kita jadikan melayu paling hebat di persada dunia
bersamaku adi putra
akulah modal insan
anak melayu jati
wawasan 2020
takkan melayu hilang di dunia
pantang melayu menderhaka pada sultannya
pemuda harapan bangsa
pemudi tiang negara
mengapa bersembunyi diri di balik ibu pertiwi
sejengkalpun tanahairku dijajah
biar putih tulang jangan putih mata

Beliau telah menghasilkan sebuah buku bertajuk "Seni matematik Islam" yang terkandung di dalamnya permasalahan-permasalahan biasa di dalam matematik tetapi pendekatan yang berbeza dalam penyelesaiannya. Manfaatkanlah ia jangan hanya dikagumi dan dipuji :-)

1 comment:

Animated Blinking Gingerbread Man Kamikaze Cocktail